logo
ANTI-VIRUS 2013
100% ORIGINAL KEY

 

 

 

 

 

 

 

 

<<< paparan terbaik >>>

fg
    

VIRUS VS ANTI-VIRUS

 

fblike

 

Virus komputer adalah satu program komputer yang boleh mereplikasi sendiri dan menjangkiti sesebuah komputer tanpa kebenaran atau pengetahuan pengguna. Mereka biasanya diaktifkan dengan menghendaki interaksi daripada seseorang.

Virus boleh berjangkit melalui rangkaian internet dan komputer. Kebolehan memuat turun pelbagai data dari laman web yang tidak diketahui keselamatannya, membolehkan data yang dimuat turun berisiko diserang virus. Selain itu ia boleh dijangkiti dengan penggunaan disket untuk perkongsian data terhadap komputer yang telah diserang virus.

 

JENIS-JENIS VIRUS MERBAHAYA :-



BOOT SECTOR - Menduduki sebahagian daripada bahagian cakera keras atau disket pada bahagian rekod boot utama (MBR). Ia akan mendiamkan dirinya ssehingga ia dihidupkan oleh aturcara tersebut.

PARTITION TABLE - Ia menyerupai virus boot sector tetapi ia menyerang "partition table" cakera keras (ruang simpan maklumat bagaimana cakera keras dicapai) dengan menggerakkan ia ke sektor yang baru dan menggantikan sektor yang ada dengan kod yang dijangkiti virus. Virus akan disebarkan daripada partition table ke boot sector disket jika disket digunakan.

FILE VIRUS - Virus jenis ini adalah virus yang biasa didapati pafa fail-fail. Virus ini akan mencantumkan dirinya kepada fail .exe dan ia akan menghalang fail itu daripada berfungsi. Ia juga mampu mengubahsuai dan merosakkan fail itu bagi memudahkan ia disebarkan sebelum ia dikesan. Antara jenis virus yang dimuatkan dalam kategori ini ialah virus polimorfik (sering berubah) dan virus stealth (tidak meninggalkan kesan).

MULTIPARTITE VIRUS - Ia mempunyai ciri-ciri yang sama dengan virus boot sector dan virus fail. Ia bercantum kepada fail dan mengubahsuai MBR cakera keras. Ia memerlukan pengkodan yang kompleks. Virus jenis ini jarang didapati tetapi ia mampu melakukan tindakan yang menghancurkan

MACRO VIRUS - Virus jenis ini masih baru dan yang pertama muncul pada Julai 1995 di dalam MS WORD. Secara tidak langsung semua fail yang menggunakan aplikasi Word,Excel dan aplikasi lain yang menggunakan makro. Ia boleh menghasilkan jaringan arahan didalam sebuah fail yang menjalankan arahan setiap kali sesuatu kombinasi kekunci itu ditekan. Terdapat juga virus makro yang merosakkan dan memusnahkan fail lain.

TROJAN HORSE - Virus ini tidak mereplikasikan dirinya dengan itu ia sering dianggap bukan virus sepenuhnya tetapi ia masih mampu menghasilkan sebuah kerosakkan yang besar. Ia sering dimuatkan dalam program yang baru atau sah kerana ia sering digunakan oleh pengguna. Apabile ia dihidupkan ia akan memaparkan mesej, menukar data atau memusnahkan banyak fail.

WORMS - Virus ini juga bukanlah virus yang sepenuhnya kerana ia tidak menjangkiti fail lain tetapi ia mereplikasikan dirinya dengan cepat. Setiap kali ia mengeluarkan salinan. Hasilnya ialah penghasilan banyak worm dalam masa yang pendek dan memakan ruang cakera keras. Ia merebak menerusi rangkaian atau emel dan memenuhi ruang storan rangkaian atau simpanan emel.

 

 

LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN VIRUS :-

  • Memasukkan perisian anti virus di dalam komputer ( recomended : BIT DEFENDER / KASPERSKY )
  • Semak perisian virus anda dan kemaskini sekurang-kurangnya setiap minggu atau kemaskini automatik. Ini kerana virus-virus baru akan muncul setiap hari.
  • Tidak membuka fail contohnya .bat, .cmd, .com, .exe, .pif, .scr, or .zip didalam email anda.
  • Jangan menggunakan disket atau sebarang storan yang tidak diketahui puncanya.
  • Berhati-hatilah apabila muat turun permainan, screensavers dan fail lain. Muat turun hanya daripada sumber dan tapak sah dan boleh dipercayai
  • Berhati-hatilah mengenai perisian perkongsian fail kerana boleh menyebab berkongsi fail yang anda tidak bercadang untuk dikongsi.
  • Memuat turun fail yang tidak dikenali boleh mengandungi virus-virus dan kod jahat yang lain

 

TOP 10 ANTI-VIRUS SOFTWARE

klik

 

( 1ST CHOICE WORLDWIDE ANTI-VIRUS SOFTWARE )

 

1. BIT DEFENDER INTERNET SECURITI 2013

Keterangan Lanjut :- Bit Defender Internet Security 2013

 

2. KASPERSKY INTERNET SECURITI 2013

Keterangan Lanjut :- Kaspersky Internet Security 2013

 

3. NORTON INTERNET SECURITI 2012

Keterangan Lanjut :- Norton Internet Security 2012

 

 

 

buynow

Strictly for Serious buyers only !!!

- Happy Shopping & Please Buy With Confidence -

 

Login Agen | Daftar Agen (PERCUMA)

 

© 2012 Qifzah Solution
All Rights Reserved

footer